Tiny Hand

Friday, December 7, 2012

Die


Semua tak tahu mati bila.Ada yang mengagak mati esok,lusa,kejap lagi dan bila bila dia nak,dia sebutlah.Yang pasti,semua akan mati.Aku akan mati,blog rahmahsharifah.blogspot.com juga akan mati,buku kesayangan terbitan FIXI Sdn.Bhd akan mati.Oh ya kenapa aku berbicara mengenai mati? Didalam kepala otak manusia sejagat sekarang,mereka hanya mengejar wang ,duit kertas kerana wang itu mereka akan berjimba sakan dengannya.Mati? mereka ketepikan soal mati .Kata mereka 'alah nanti tua barulah ingat mati'.Hampir kesemua manusia berkata begitu.Soal mati tidak boleh diketepikan.Hidup untuk apa? Makan.Makan untuk apa?Bekalan untuk mati.Jadi akhirnya kita akan mati juga,cuma masa entah bila.Apa yang ingin si penulis tegar ini ketengahkan ialah mati.Otak kanan dan otak kiri asyik memikirkan mati.Entah apa yang telah dipengaruhi oleh dia,tak tahulah.Bila ingat mati, automatik otak cereberum iaitu otak paling besar akan mengingat tentang Tuhan.Adakah Tuhan akan mencabut nyawaku esok? ataupun lusa? ataupun 2 minit akan datang? Adakah Malaikat itu akan mencabut nyawaku bila cukup pekung ilmu di dada? adakah apabila dosaku segunung nasi lemak Rosmah Mansur? Adakah ketika aku sedang dibuai maksiat kelekaan tatkala melayani twitter? Adakah itu semua akan berlaku? Kuasa Tuhan kita tidak tahu. Amalan aku tidak seberapa jika dibandingkan dengan Ustaz Azhar Idrus ataupun Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.Amalan aku hanyalah seciput ibu jari.Perempuan yang wujud antara 17 tahun,jadi kau boleh bayangkan berapa sahaja amalannya.Aku mahu bertaubat.Seusia 17 tahun,aku sepatutnya masih berfoya-foya.Sepatutnya aku harus bergelumang dengan dosa dan maksiat.Taubat boleh dilakukan kemudian hari apabila tua nanti.Habistu,kalau tak sempat tua?Mati tiba tiba? Siapa nak tanggung dosa kefoya-foyaan aku? Umi ?Walid?Mereka sudah lama 'melepaskan' tanggungan dosa yang mereka tanggung disebabkan aku seawal umur 11 tahun.Siapa? tiada siapa kecuali batang hidung diri sendiri.Aku mahu segera bangkit daripada tenggelam.Aku mahu bertaubat.Mungkin sedikit demi sedikit,at least bertaubat juga daripada mereka yang sedang hanyut dan makin lama makin tak timbul.Berbalik kepada mati,mati mengingatkan manusia kepada Tuhan .Dengan mengingati mati,mereka akan merasa diri mereka dekat kepadaNya.Aku selalu memikirkan mati,but still,aku tak bertaubat.
WHAT A BORING BLOG . BYE